Odysseus
| Odysseus | |
|---|---|
Kepala Odysseus dari sebuah kumpulan marmar Helenistik zaman Rom menggambarkan Odysseus membutakan Polyphemus, ditemui di vila Tiberius di Sperlonga, Itali | |
| Maklumat | |
| Pangkat | Raja Ithaca |
| Pasangan | Penelope |
| Anak | Telemakhos, Telegonos, Kassiphone, Agrius, Anteias, Ardeas, Romos, Poliporthes, Latinos, Nausinous, Nausithous, Euryalus |
| Saudara | Laertes (bapa) Anticlea (ibu) Ctimene (adik perempuan) |
| Kewarganegaraan | Yunani |
| Sebahagian daripada siri |
| Mitologi Yunani |
|---|
| Dewa-dewi |
|
| Wira dan kepahlawanan |
|
| Berkaitan |
|
|
Portal Yunani Kuno Portal Mitos |
Mitologi tamadun Yunani dan Rom mengenal Odysseus (Bahasa Yunani Kuno: Ὀδυσσεύς, Ὀδυσεύς, Odysseús, Odyseús AFA: [o.dy(s).sěu̯s]; bahasa Latin: Ulysses) seorang raja berbangsa Yunani dari Ithake dalam legenda serta watak utama sajak karangan Homeros bertajuk Odysseia. Odysseus juga mempunyai peranan penting dalam Iliás yang dan karya-karya lain dalam kitaran epik yang sama.
Sebagai anak Laertes dan Anticlea, suami Penelope, dan ayah kepada Telemakhos, Acusilaus dan Telegonos, Odysseus terkenal dengan sifat pintar, serba boleh dan kelicikannya (polytropos). Disebabkan itu dia digelarkan Odysseus yang Licik (Yunani Purba: μῆτις, rumi: mêtis, lit. 'cunning intelligence'). Dia paling terkenal kerana nostos atau "kepulangan" dia, yang memakan sepuluh tahun penuh peristiwa selepas sepuluh tahun dalam Perang Troia.