Sentora
| (Centaur, Κένταυρος, Kentaurus) | |
|---|---|
| Makhluk | |
| Kumpulan | Makhluk legenda |
| Subkumpulan | Hibrida |
| Makhluk serupa | Minotaur, satir, harpi |
| Data | |
| Mitologi | Yunani |
| Kawasan | Yunani |
| Habitat | Darat |
Sentora, kentaur atau hippokentaur (Yunani: Κένταυρος, "Kéntauros") adalah satu makhluk yang terdapat dalam mitologi Yunani. Makhluk ini mempunyai bahagian atas badan yang menyerupai manusia dan bahagian bawah berbadan seperti seekor kuda. Sentora dipercayai mempunyai kekuatan yang luar biasa serta kebijaksanaan dalam ilmu kaji bintang (astronomi) dan ilmu ramalan.