Nimfa

Dalam mitologi dan penceritaan masyarakat Yunani Purba, hutan belantara sering dikunjungi semangat berupa dayang iaitu nimfa (Bahasa Yunani Kuno: νύμφη, nýmphē; loghat Doria dan Aeolia: νύμφα nýmphā).

Mereka diceritakan sering berkerumun di mata air dan mempunyai kuasa sakti seperti menyembuh sakit, menilik nasib dan menjelma. Mereka juga diceritakan menjadi pendamping dewa-dewi kuat - misalnya anak-anak Pleione yang menjadi pendamping dewi Artemis. Mereka diceritakan sering bersikap lantang dan sering menggoda manusia. Hampir semua nimfa hidup abadi kecuali Hamadryas yang bergantung kepada pokok khusus.