Medusa

Medusa
Medusa oleh Caravaggio (1595)
PasanganPoseidon
Ibu bapaPhorkys dan Ceto
Adik beradikHesperid, Stheno, Euryale, Graea, Thoosa, Skylla, dan Ladon
Anak-anakPegasus dan Khrysaor

Dalam mitos Yunani, Medusa (Yunani: Μέδουσα (Médousa), "pelindung") merupakan seekor raksasa Gorgon yang umumnya diperikan berwajah wanita hodoh dan berambutkan ular berbisa. Sesiapa yang menenung wajahnya secara terus akan bertukar menjadi batu. Kebanyakan sumber menerangkan dia kelahiran Phorcys dan Keto, namun pengarangnya Hyginus (Fabulae, 151) menokok tambah bahawa Medusa ada ibu bapa dari alam kubur.

Medusa dipenggal kepalanya oleh Perseus sang perwira yang kemudian menggunakan kepalanya sebagai senjata sehingga Perseus menyerahkan kepala itu kepada dewi Athena untuk diletakkan pada perisainya. Dalam bahariah klasik, lambang kepala Medusa terdapat pada alat sakti pembasmi kejahatan yang dipanggil Gorgoneion.