Theseus

Theseus (Yunani: Θησεύς) adalah raja mitos dan pahlawan pengasas Athens. Dia diceritakan banyak berperang menumpaskan musuh-musuh yang dikaitkan dengan tatanan agama dan masyarakat kuno yang wujud sebelum mekarnya tamadun Yunani Purba, sehingga keberadaan dalam sejarah tamadun dianggap suatu "peralihan budaya utama".

Orang Athena menganggap Theseus sebagai pembaharu yang hebat melalui penyatuan banyak kota-kota Attika menjadi suatu negara berdiri hebat. Mitos-mitos berkisarkan mengenai perjalanan dan pengembaraan Theseus dan rakan seperjuangannua menjadi bahan cerita sepanjang zaman.