Buruh Herakles
Buruh-Buruh Herakles/Hercules (Yunani: οἱ Ἡρακλέους ἆθλοι, hoi Hērakleous athloi) merujuk kepada suatu wara bersiri yang menceritakan kerja-kerja dijalankan oleh Herakles (atau Hercules) selama 12 tahun di bawah khidmat Raja Eurystheus, sebagai menebus dosa atas kesalahan membunuh isteri dan anak-anaknya.
Wara ini diturunkan orang Yunani daripada sebuah sajak epik nukilan Peisandros yang (kini hilang) bertarikh dari sekitar tahun 600 SM.
Ada juga yang melihat tugasan yang diberikan kepada Herakles ini sebagai alegori yang menumpukan kepada falsafah dan moral.