Mutiara FM

Mutiara FM
BandarGeorge Town
Kawasan penyiaranPulau Pinang
SloganSegalanya Untukmu
Tarikh siaran pertama24 Ogos 1934 (1934-08-24) sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang
FormatEasy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik
BahasaMelayu
Pemilik
Saluran kembar
Siaran webrtmklik.rtm.gov.my/radio/negeri/mutiarafm
Tapak webmutiarafm.rtm.gov.my

Mutiara FM (radio ini dikenali sebagai ZHj Yayasan Wayarles Pulau Pinang, Stesen Pulau Pinang, Radio Malaysia Pulau Pinang, Radio 3 Pulau Pinang dan Radio Malaysia Pulau Pinang) (secara rasmi ditanda panggil sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang) ialah stesen radio tempatan tertua di Pulau Pinang dan Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia yang bersiaran dari Jalan Burma, George Town, Pulau Pinang. Ia disiarkan setiap hari dalam Bahasa Melayu dari 6:00 pagi hingga 12:00 tengah malam menyiarkan berita tempatan. Moto utamanya ialah Segalanya Untukmu.

Mutiara FM utamanya ialah di Jabatan Penyiaran Negeri Pulau Pinang, Jalan Burma, George Town, Pulau Pinang boleh didengari melalui frekuensi menerusi 95.7 FM di George Town hingga ke Bayan Lepas, 90.9 di Balik Pulau & 93.9 di Batu Ferringhi