Johor FM
| Bandar | Johor Bahru, Daerah Johor Bahru Singapura Kota Batam/Pulau Batam |
|---|---|
| Kawasan penyiaran | ASEAN ( ASEAN/Saluran ini menyiarkan siaran awam secara rasmi di ASEAN) |
| Slogan | Permata Selatan |
| Tarikh siaran pertama | 9 Ogos 1965 sebagai Radio Malaysia Johor Bahru |
| Format | Kontemporari dewasa, Berita, Oldies dan Hits klasik |
| Bahasa | Melayu |
| Pemilik | |
| Saluran kembar | |
| Siaran web | rtmklik.rtm.gov.my/radio/negeri/johorfm |
| Tapak web | johorfm.rtm.gov.my |
Johor FM (radio ini dikenali sebagai Radio Malaysia Johor Bahru, Radio 2 Johor Bahru (FM Johor Bahru), Radio 3 Johor Bahru, FM Stereo Johor Bahru dan Radio Malaysia Johor) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Radio Malaysia Johor Bahru) ialah sebuah stesen radio negeri Johor yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia dari Johor Bahru. Ia disiarkan dalam Bahasa Melayu dan menyiarkan berita tempatan dan muzik Malaysia, 18 jam sehari dari jam 6:00 pagi hingga 12:00 tengah malam. Johor FM adalah salah satu stesen radio tempatan pertama di Malaysia. Moto utamanya ialah Permata Selatan boleh didengari melalui frekuensi menerusi 101.9 FM di Johor Bahru, Daerah Johor Bahru, Singapura dan Kota Batam/Pulau Batam.
Liputan Johor FM meliputi hampir keseluruhan ASEAN, sempadan Malaysia–Indonesia dan Malaysia–Singapura di darat dan laut sehingga juga boleh diterima di seluruh Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand Selatan melalui parabola Telkom-4.