KL FM

KL FM
BandarKuala Lumpur
Kawasan penyiaranWilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
ASEAN ( ASEAN/Saluran ini menyiarkan siaran awam secara rasmi di ASEAN)
Slogan Rentak Interaktif Kota
Tarikh siaran pertama5 November 1973 (1973-11-05) sebagai Radio Malaysia Ibu Kota
FormatKontemporari dewasa, Berita, Oldies dan Hits klasik
BahasaMelayu
Pengenal terdahuluRadio Malaysia Ibu Kota
Pemilik
Saluran kembar
Siaran webhttps://rtmklik.rtm.gov.my/radio/negeri/kl-fm
Tapak webklfm.rtm.gov.my

KL FM (radio ini dikenali sebagai Radio Malaysia Ibu Kota, Radio 3 Ibu Kota, Radio 3 Kuala Lumpur, Radio Kuala Lumpur dan Radio Malaysia Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur)) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Radio Malaysia Ibu Kota) ialah sebuah stesen radio bandaraya Bahasa Melayu tertua, nombor satu, dan terbesar di Kuala Lumpur (bersama Hot FM) untuk masyarakat Kuala Lumpur (bersama Hot FM) dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Kuala Lumpur. Ini juga merupakan radio bandaraya pertama Bahasa Melayu di Kuala Lumpur. Moto utamanya ialah Rentak Interaktif Kota boleh didengari melalui frekuensi menerusi 97.2 FM di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur).

KL FM utamanya ialah di Tingkat 1, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Liputan KL FM meliputi hampir keseluruhan ASEAN, sempadan Malaysia–Indonesia di darat dan laut sehingga juga boleh diterima di seluruh Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand Selatan melalui parabola Telkom-4.