Perlis FM

Perlis FM
BandarKangar
Kawasan penyiaranPerlis
SloganSerasi Denganku
Frekuensi102.9 MHz
BahasaMelayu
Pengenal terdahuluRadio Malaysia Perlis
Pemilik
Saluran kembar
Siaran webrtmklik.rtm.gov.my/channel/radio/PERLISFM
Tapak webperlisfm.rtm.gov.my

Perlis FM merupakan stesen radio yang terdapat di Perlis milik Radio Televisyen Malaysia. Pejabatnya terletak di Kompleks Penyiaran Negeri Perlis, Kangar. Perlis FM adalah dibawah pentadbiran Jabatan Penyiaran Malaysia Kawasan Utara yang berpusat di George Town, Pulau Pinang.

Radio ini dapat diikuti dari seluruh negeri Perlis dan kawasan sekitarnya seperti Kedah dan Satun di Thailand dengan menggunakan frekuensi 102.9 MHz dari Padang Pauh.

Radio Malaysia Perlis ditukar nama Perlis FM pada 1 April 2005.