Air (molekul)

Artikel ini berkaitan dengan air dari segi perspektif kimia dan teknikal. Untuk melihat gambaran umum tetang air, sila lihat Air.


Air
  Oksigen, O
  Hidrogen, H
Nama
Nama IUPAC pilihan
Air
Nama IUPAC sistematik
Oksidana (tidak digunakan secara umum)
Nama lain
  • Hidrogen oksida
  • Hidrogen hidroksida (H2O or HOH)
  • Asid hidrosilik
  • Dihidrogen monoksida (DHMO) (nama olokan)
  • Dihidrogen oksida
  • Asid hidrik
  • Asid hidrohidroksik
  • Asid hidroksik
  • Asid hidroksoik
  • Hidrol
  • μ-Oksidodihidrogen
  • κ1-Hidroksilhidrogen(0)
  • Akua
  • Cecair neutral
  • Oksigen dihidrida (mungkin dianggap tidak tepat)
Pengecam
Imej model 3D Jmol
3587155
ChEBI
ChEMBL
ChemSpider
DrugBank
Nombor EC
  • 231-791-2
117
KEGG
Nombor RTECS
  • ZC0110000
UNII
  • InChI=1S/H2O/h1H2 Y
    Key: XLYOFNOQVPJJNP-UHFFFAOYSA-N Y
  • O
Sifat
H2O
Jisim molar 18.01528(33) g/mol
Rupa bentuk Pepejal berhablur putih yang hampir tanpa bau atau tanpa berwarna, cecair tanpa berwarna dengan dengan sedikit kebiruan, gas tanpa warna
Bau Tidak berbau
Ketumpatan
  • Cecair (1 atm, VSMOW):
  • 0.99984283(84) g/mL pada 0 °C
  • 0.99997495(84) g/mL pada 3.983035(670) °C (suku ketumpatan maksimum, selalunya pada 4 °C)
  • 0.99704702(83) g/mL pada 25 °C
  • 0.96188791(96) g/mL pada 95 °C
  • Pepejal:
  • 0.9167 g/mL pada 0 °C
Takat lebur 0.00 °C (32.00 °F; 273.15 K)
Takat didih 99.98 °C (211.96 °F; 373.13 K)
Keterlarutan Kurang larut dalam haloalkana, hidrokarbon alifatik dan aromatik, eter.
Keterlarutan yang lebih baik dalam karboksilat, alkohol, keton, amina.
Larut campur dengan metanol, etanol, propanol, isopropanol, aseton, gliserol, 1,4-dioksana, tetrahidrofuran, sulfolana, asetaldehid, dimetilformamida, dimetoksietana, dimetil sulfoksida, asetonitril.
Larut campur separa dengan dietil eter, metil etil keton, diklorometana, etil asetat, bromin.
Tekanan wap 3.1690 kilopascal atau 0.031276 atm at 25 °C
Keasidan (pKa) 13.995
Kebesan (pKb) 13.995
Asid konjugat Hidronium H3O+ (pKa = 0)
Bes konjugat Hidroksida OH (pKb = 0)
Kekonduksian haba 0.6065 W/(m·K)
1.3330 (20 °C)
Kelikatan 0.890 mPa·s (0.890 cP)
Struktur
Struktur kristal Heksagon
C2v
Bentuk molekul Bengkok
Momen dwikutub 1.8546 D
Termokimia
Muatan haba tentu, C 75.385 ± 0.05 J/(mol·K)
Entropi molar
piawai
So298
69.95 ± 0.03 J/(mol·K)
Entalpi pembentukan
piawai fH298)
−285.83 ± 0.04 kJ/mol
−237.24 kJ/mol
Bahaya
Bahaya-bahaya utama Lemas
Runtuhan salji
Keracunan air
NFPA 704 (berlian api)
0
0
0
Takat kilat Non-flammable
Sebatian berkaitan
Anion lain
pelarut berkaitan
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 Y pengesahan (apa yang perluY/N?)
Rujukan kotak info


Air (H2O) ialah sebatian tak organik berkutub, berbentuk cecair yang tidak ada rasa mahupun bau pada suhu bilik, yang hampir tidak berwarna dengan kebiruan sedikit sahaja. Ia merupakan sebatian kimia yang paling banyak dikaji dan digambarkan sebagai "pelarut sejagat" dan "pelarut kehidupan". Ia juga merupakan bahan yang paling banyak ditemui di permukaan Bumi dan satu-satunya bahan biasa yang wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas di permukaan Bumi. Ia juga merupakan molekul ketiga paling banyak di alam semesta (di belakang molekul hidrogen dan karbon monoksida).

Molekul air membentuk ikatan hidrogen antara satu sama lain dan sangat berkutub. Kekutuban ini membolehkan ia mengasingkan ion dalam garam dan terikat kepada bahan kutub lain seperti alkohol dan asid sehingga melarutkannya. Ikatan hidrogennya menyebabkan banyak sifat uniknya, seperti mempunyai bentuk pepejal yang kurang tumpat daripada bentuk cecairnya, takat didih 100 °C yang agak tinggi untuk jisim molarnya, dan kapasiti haba yang tinggi.

Air bersifat amfoterik, bermakna ia boleh mempamerkan sifat asid atau bes, bergantung pada pH larutan yang berada di dalamnya; ia mudah menghasilkan kedua-dua ion H+ dan OH. Berkaitan dengan sifat amfoteriknya, ia mengalami pengionan sendiri. Hasil aktiviti atau hampir boleh dikatakan sebagai kepekatan H+ dan OH merupakan satu pemalar, maka kepekatan masing-masing adalah berkadar songsang antara satu sama lain.