Lemas
| Drowning | |
|---|---|
| Vasily Perov: The Drowned, gambar lukisan tahun 1867 | |
| Pengkhususan | Perubatan rawatan rapi |
| Gejala | Sewaktu kejadian: Berlaku secara senyap sehingga terjumpa seseorang yang terlibat itu tidak sedar diri Selepas penyelamatan: Masalah pernafasan, muntah, kekeliruan, tidak sedar diri |
| Kerumitan | Hipotermia, aspirasi pemuntahan, sindrom gangguan pernafasan akut |
Permulaan biasa | Pantas |
| Penggunaan alkohol, epilepsi, taraf sosioekonomi yang rendah, keterlibatan dengan badan air | |
| Berdasarkan simptom | |
| Bunuh diri, sawan, hipoglisemia, aritmia jantung | |
| Pencegahan | Pemagaran kolam air, mengajar kanak-kanak berenang, mengamalkan kaedah penggunaan bot yang selamat |
| Rawatan | Pernafasan penyelamatan, CPR, pengalihudaraan mekanik |
Rawatan perubatan | Terapi oksigen, cecair intravena, vasopresor |
| Kekerapan | 4.5 juta (2015) |
| Kematian | 324,000 (2015) |
| sunting | |
Lemas atau kelemasan ditakrifkan sebagai gangguan pernafasan akibat berada di dalam sesuatu cecair. Kelemasan biasanya berlaku secara senyap, dengan hanya beberapa orang sahaja yang dapat mengapai tangan atau jerit meminta bantuan. Gejala selepas penyelamatan mungkin termasuk masalah pernafasan, muntah, kekeliruan atau tidak sedar diri. Kadangkala gejala mungkin tidak muncul sehingga enam jam selepas kelemasan. Kelemasan mungkin menjadi rumit dengan suhu badan yang rendah, aspirasi muntah, atau sindrom gangguan pernafasan akut.
Peristiwa lemas lebih kerap berlaku pada waktu cuaca panas dan mereka yang kerap terlibat dengan aktiviti air. Antara faktor-faktor risiko termasuklah penggunaan alkohol, epilepsi dan status sosioekonomi yang rendah. Tempat biasa berlakunya kelemasan termasuk kolam renang, tab mandi, badan air semula jadi dan baldi. Pada mulanya seseorang yang terlibat itu menahan nafas, yang diikuti dengan kekejangan larinks (laringospasma), dan kemudian penurunan aras oksigen. Kemasukan air secara banyak ke dalam peparu biasanya hanya berlaku pada tahap yang terkemudian. Kes berkaitan boleh dikelaskan kepada tiga jenis: lemas dengan susulan kematian, lemas dengan susulan masalah kesihatan berterusan, dan lemas tanpa masalah kesihatan berterusan.
Usaha untuk mengelak kelemasan termasuklah mengajar kanak-kanak berenang, melakukan amalan menaiki bot dengan selamat, dan mengehad atau mengalihkan akses kepada badan air seperti pemagaran kolam. Rawatan bagi mereka yang tidak bernafas harus dimulakan dengan melancarkan saluran pernafasan dan memberi lima nafasan. Untuk mereka yang jantungnya tidak berdegup dan telah berada di bawah air kurang daripada satu jam CPR disyorkan. Kadar pengekalan nyawa adalah lebih baik di kalangan mereka yang berada di dalam air dengan masa yang lebih singkat. Di kalangan kanak-kanak yang masih hidup, hasil yang buruk berlaku dalam kira-kira 7.5% kes.
Pada tahun 2015, terdapat anggaran 4.5 juta kes lemas yang tidak sengaja berlaku di seluruh dunia. Pada tahun itu, terdapat 324,000 kematian akibat lemas, menjadikannya punca ketiga utama kecederaan tidak sengaja selepas kejatuhan dari tempat tinggi dan kemalangan jalan raya. Lima puluh enam ribu kes di kalangan kematian tersebut berlaku pada kanak-kanak berumur kurang daripada lima tahun. Kelemasan menyumbang 7% daripada semua kematian berkaitan kecederaan, dengan lebih daripada 90% daripada kematian ini berlaku di negara membangun. Lemas berlaku lebih kerap berlaku di kalangan lelaki serta golongan muda.