Metanol

Metanol
Nama
Nama IUPAC pilihan
Methanol
Nama lain
Karbinol
Hidroksimetana
Metil alkohol
Metil hidrat
Metil hidroksida
Alkohol metilik
Metilol
Pengecam
Imej model 3D Jmol
3DMet
1098229
ChEBI
ChEMBL
ChemSpider
ECHA InfoCard 100.000.599
Nombor EC
  • 200-659-6
449
KEGG
MeSH Methanol
Nombor RTECS
  • PC1400000
UNII
Nombor PBB 1230
  • InChI=1S/CH4O/c1-2/h2H,1H3 Y
    Key: OKKJLVBELUTLKV-UHFFFAOYSA-N Y
  • InChI=1/CH4O/c1-2/h2H,1H3
    Key: OKKJLVBELUTLKV-UHFFFAOYAX
  • CO
Sifat
CH3OH
Jisim molar 32.04 g mol−1
Rupa bentuk Cecair lutsinar
Ketumpatan 0.792 g·cm−3
Takat lebur −97.6 °C (−143.7 °F; 175.6 K)
Takat didih 64.7 °C (148.5 °F; 337.8 K)
boleh larut campur
log P -0.69
Tekanan wap 13.02 kPa (pada 20 °C)
Keasidan (pKa) 15.5
-21.40·10−6 sm³/mol
1.33141
Kelikatan 0.545 mPa×s (at 25 °C)
Momen dwikutub 1.69 D
Bahaya
Piktogram GHS
Perkataan isyarat GHS Danger
Penyata bahaya GHS
H225, H301, H311, H331, H370
Penyata pencegahan GHS
P210, P233, P240, P241, P242, P243, P260, P264, P270, P280, P301+310, P303+361+353, P304+340, P330, P363, P370+378, P403+233, P235, P405, P501
NFPA 704 (berlian api)
3
1
0
Takat kilat 11 hinggaError in convert: Unit name "hingga" is not known (help)
Suhu
autopenyalaan
470 °C (878 °F; 743 K)
Had letupan 6%-36%
Dos maut (LD) atau kepekatan dos maut (LC)
LD50 (median dos)
5628 mg/kg (tikus besar, oral)
7300 mg/kg (tikus kecil, oral)
12880 mg/kg (tikus besar, oral)
14200 mg/kg (arnab, oral)
64,000 ppm (rat, 4 hr)
33,082 ppm (kucing, 6 j)
37,594 ppm (tikus kecil, 2 j)
NIOSH (Had pendedahan kesihatan AS):
PEL (Dibenarkan)
TWA 200 ppm (260 mg/m3)
REL (Disyorkan)
TWA 200 ppm (260 mg/m3) ST 250 ppm (325 mg/m3) [kulit]
IDLH (Bahaya serta-merta)
6000 ppm
Sebatian berkaitan
Sebatian berkaitan
Metanatiol
Silanol
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 Y pengesahan (apa yang perluY/N?)
Rujukan kotak info

Metanol, juga dikenali sebagai alkohol metil antara lainnya, adalah sebatian kimia dengan formula CH3OH (sering singkatan MeOH). Metanol industri pada hari ini dihasilkan melalui proses berpemangkin langsung daripada karbon monoksida, karbon dioksida dan hidrogen.

Bahan ini dalam bentuk cecairnya berkutub, dan digunakan sebagai antibeku, pelarut, bahan bakar dan sebagai penyahasli etanol. Ia juga digunakan untuk menghasilkan biodiesel melalui tindak balas transesterifikasi.

Metanol atmosfera dihasilkan secara semula jadi melalui metabolisme anaerobik pelbagai jenis bakteria, dan ia biasanya hadir dalam jumlah yang kecil di persekitaran. Hasilnya, atmosfera mengandungi sedikit wap metanol; namun dalam beberapa hari, wap-wap ini dioksidakan cahaya matahari untuk menghasilkan karbon dioksida dan air.

Sebatian ini juga terdapat dalam kuantiti yang banyak di tempat terbentuknya bintang-bintang di angkasa, maka ia digunakan dalam ilmu astronomi sebagai penanda bagi kawasan-kawasan tersebut. Ia dikesan melalui garis pelepasan spektrumnya.

Oleh itu, metanol sering digunakan sebagai penyahasli tambahan untuk etanol dalam kegunaan industri. Penambahan metanol ini mengecualikan industri etanol (dikenali sebagai "alkohol rosak" atau "semangat bermetil") daripada dikenakan cukai minuman keras di Amerika Syarikat serta beberapa negara lain.