Struktur hablur
Dalam minerologi dan kristalografi, struktur kristal ialah susunan unik atom-atom atau molekul-molekul dalam satu cecair atau pepejal kristal. Struktur kristal terdiri daripada satu corak, satu set atom-atom yang disusun dalam cara yang tertentu, dan satu kekisi yang memiliki susunan dan simetri jarak jauh. Corak-corak ini terletak dalam titik-titik satu kekisi, iaitu satu tatasusunan titik-titik yang berulang secara berkala dalam tiga dimensi. Titik-titik ini boleh dianggap seolah-olah membentuk kotak-kotak kecil yang sama, dipanggil sel unit, yang mengisi ruang-ruang di antara kekisi. Panjang sisi-sisi satu sel unit dan sudut-sudut di antara mereka dipanggil parameter kekisi. Ciri simetri kristal terdapat di dalam kumpulan ruangnya.
Struktur dan kesimetrian sesuatu kristal memainkan peranan dalam menentukan pelbagai ciri fizikalnya seperti jurang, struktur jalur elektronik dan kelutsinaran optik.