PubChem

PubChem
Kandungan
PerihalanSebatian-sebatian kimia
Jenis data
diperoleh
Kimia
Perhubungan
Pusat penyelidikanNCBI
Kutipan utamaPubMed
BahasaBahasa Inggeris
Capaian
Tapak webhttps://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/
URL muat turunFTP
Alat
Aplikasi webPUG-View
Teknikal
LesenDomain awam
sunting ยท sunting di Wikidata


PubChem ialah sebuah pangkalan data bagi molekul kimia dan maklumat-maklumat tentang peranan molekul terhadap ujian biologi. Sistem ini dikendalikan oleh National Center for Biotechnology Information (NCBI), sebuah komponen Perpustakaan Perubatan Kebangsaan yang merupakan sebahagian daripada Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NIH). PubChem dapat diakses secara percuma melalui antara muka oleh pengguna web. Berjuta-juta struktur molekul dan set data deskriptif boleh dimuat turun secara bebas melalui FTP. PubChem mengandungi banyak keterangan bagi bahan dan molekul kimia kecil dengan kurang daripada 100 atom dan 1000 ikatan kimia. Lebih daripada 80 sumber pangkalan data menyumbang kepada pangkalan data PubChem yang berkembang. Setakat November 2020, PubChem memiliki data daripada kira-kira 111 juta sebatian kimia, 293 juta bahan kimia dan 1.25 juta program hasil ujian biologi.