Mohd Soffi Abd Razak
Mohd Soffi Abdul Razak | |
|---|---|
| محمد صوفي بن عبدالرازق | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Publisiti, Maklumat, Komunikasi dan Teknologi : 8 April 2004–9 Disember 2004) (Perumahan dan Pusat Pertumbuhan : 9 Disember 2004–12 Mac 2008) (Perumahan, Kemudahan Awam dan Pengangkutan : 13 Mac 2008–15 Mei 2013) (Kemudahan Asas dan Persekitaran : 16 Mei 2013–14 Mei 2018) (Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi : 5 Jun 2018–28 November 2022) (Perladangan, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan : sejak 14 Disember 2022) | |
| Menyandang jawatan 2 Disember 2022 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
| Menteri Besar | Wan Rosdy Wan Ismail |
| Didahului oleh | Mohd Sharkar Shamsudin (Perladangan, Bioteknologi) Syed Ibrahim Syed Ahmad (Pendidikan) Sendiri (Industri Asas Tani) |
| Kawasan pilihan raya | Benta |
| Dalam jawatan 5 Jun 2018 – 28 November 2022 | |
| Raja | Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (2018–2019) Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019–2022) |
| Menteri Besar | Wan Rosdy Wan Ismail |
| Didahului oleh | Wan Rosdy Wan Ismail |
| Digantikan oleh | Sendiri (Industri Asas Tani) |
| Kawasan pilihan raya | Benta |
| Dalam jawatan 8 April 2004 – 14 Mei 2018 | |
| Raja | Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah |
| Menteri Besar | Adnan Yaakob |
| Didahului oleh | Ahmad Munawar Abdul Jalil |
| Digantikan oleh | Norolazali Sulaiman (Kemudahan Asas) Mohd Sharkar Shamsudin (Persekitaran) |
| Kawasan pilihan raya | Benta |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Benta | |
| Menyandang jawatan 29 November 1999 | |
| Didahului oleh | Suhaimi Ibrahim (BN–UMNO) |
| Majoriti | 268 (1999) 2,012 (2004) 1,358 (2008) 901 (2013) 340 (2018) 1,521 (2022) |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Pahang | |
| 1999– | Barisan Nasional |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 2 April 1956 Benta, Lipis, Pahang, Persekutuan Malaya |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) Perikatan Nasional (PN) (Sekutu:2020–2022) Muafakat Nasional (MN) Pakatan Harapan (PH) (Sekutu:sejak 2022) |
| Anak | 5 |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Mohd. Soffi bin Abd. Razak merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO) dalam pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Adnan Yaakob dan Wan Rosdy Wan Ismail sejak April 2004 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) bagi kawasan Benta sejak November 1999. Beliau ialah ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan BN.