Pilihan raya negeri Pahang 2018

Pilihan Raya Negeri Pahang 2018

9 Mei 2018

Semua 42 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Pahang
22 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar1,136,944
Pengundi hadir77.47%
  Parti majoriti Parti minoriti Parti ketiga
 
Pemimpin Adnan Yaakob Fauzi Abdul Rahman Rosli Abdul Jabar
Parti UMNO PKR PAS
Gabungan Barisan Nasional Pakatan Harapan Gagasan Sejahtera
Pemimpin sejak 1999 2017 2015
Kerusi pemimpin Pelangai Sungai Lembing (tewas) Tanjung Lumpur
Pilihan raya
lepas
30 kerusi, 55.18% 9 kerusi, 27.25% 3 kerusi, 17.12%
Kerusi sebelum 29 10 2
Kerusi yang
diperlukan
13 14
Kerusi yang
dimenangi
25 9 8
Perubahan kerusi 4 5
Undian popular 275,766 192,837 192,176
Peratusan 41.6% 29.1% 29.0
Peralihan undi 13.2 pp 1.8 pp 12.1 ppp

Menteri Besar sebelum pilihan raya

Adnan Yaakob
BNUMNO

Menteri Besar dipilih

Wan Rosdy Wan Ismail
BNUMNO

Pilihan raya Negeri Pahang ke-14 telah diadakan pada 9 Mei 2018, serentak dengan pilihan raya umum Malaysia 2018. Pilihan raya negeri sebelum ini diadakan pada 5 Mei 2013. ADUN dipilih untuk penggal 5 tahun setiap seorang.

Barisan Nasional (BN) meneruskan pemerintahan negeri dengan memenangi 25 daripada 42 kerusi, menyusut daripada 29 kerusi pada pilihan raya 2013. Pakatan Harapan memenangi 9 kerusi, manakala Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memenangi 8 kerusi, meningkat 5 kerusi daripada pilihan raya lalu. Pilihan raya ini juga adalah kali pertama BN kehilangan majoriti dua pertiga di Pahang. Wan Rosdy Wan Ismail dari BN mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baharu pada 11 Mei 2018, menggantikan penyandang dan Menteri Besar 4 penggal Adnan Yaakob. Ahli EXCO negeri yang baru turut mengangkat sumpah pada tarikh yang sama.