ManifestaSITI2020

ManifestaSITI2020
Album studio oleh
Dilancarkan pada3 Julai 2020
Dirakamkan pada2018–2020
GenrePop, R&B, balada
Panjang40:27
BahasaBahasa Melayu
SyarikatSiti Nurhaliza Productions
Universal Music Group (Malaysia)
PenerbitDato' Sri Siti Nurhaliza (Eksekutif), Kenny Ong (Eksekutif), Aubrey Suwito, Ezra Kong, Hafiz Hamidun, Ippo Hafiz, Luca Sickta, Genervie Kam, John Jeevasingham, Omar K, Pown Hasril & Ryan Kyoto
Kronologi Siti Nurhaliza
SimetriSiti
(2017)
ManifestaSITI2020
(2020)
Legasi
(2021)
Single daripada ManifestaSITI2020
  1. "Anta Permana"
    Dikeluarkan: 21 September 2018
  2. "Kasihku Selamanya"
    Dikeluarkan: 10 Julai 2019
  3. "Terang"
    Dikeluarkan: 31 Oktober 2019
  4. "7 Nasihat"
    Dikeluarkan: 20 Februari 2020
  5. "Basyirah"
    Dikeluarkan: 5 Mei 2020
  6. "Aku Bidadari Syurgamu"
    Dikeluarkan: 2 Julai 2020
  7. "Siapa Tak Mahu"
    Dikeluarkan: 16 Oktober 2020
  8. "Kuasa Cintamu"
    Dikeluarkan: 1 Disember 2020
  9. "Takhta Dunia"
    Dikeluarkan: 8 Januari 2021
sunting · sunting di Wikidata

ManifestaSITI2020 ialah album studio ke-19 oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza. Album ini dikeluarkan pada 3 Julai 2020 menerusi Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia selepas album SimetriSiti (2017). Seperti dua album Siti Nurhaliza yang terdahulu, pembikinan album ini menyaksikan kolaborasi antara komposer, penulis lirik dan penerbit Malaysia dan Indonesia.

Album ini mengandungi 11 buah lagu dengan sembilan daripadanya telah dikeluarkan sebagai single. Pra tempahan untuk pembelian album ini dibuka pada 28 Jun dan berjaya dijual sebanyak 2,000 unit.