Aubrey Suwito

Aubrey Suwito
Juga dikenali
sebagai
Aubrey
Kelahiran (1966-09-28) 28 September 1966
Melaka, Malaysia
WarganegaraMalaysia
GenreJaz
PekerjaanPenggubah, penerbit lagu, pengarah muzik
Alat muzikPiano
Tahun aktif1987–kini
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Aubrey Suwito (lahir di Melaka, 28 September 1966; umur 59 tahun) merupakan seorang penggubah, penerbit lagu dan pengarah muzik dari Malaysia. Beliau telah menghasilkan lagu untuk ramai penyanyi, dan antara yang paling diingati ialah lagu Gemilang dendangan Jaclyn Victor. Gemilang telah memenangi pelbagai anugerah termasuk di Festival Muzik Asia dan Anugerah Juara Lagu (TV3). Beliau memegang peranan sebagai pengarah muzik bagi Malaysian Idol dan One in a Million. Beliau merupakan abang kepada penyanyi dan penulis lagu Juwita Suwito dan beliau juga merupakan penggubah lagu tema bagi Akademi Fantasia & Akademi Fantasi Indosiar berjudul Menuju Puncak.