Siapa Tak Mahu
| "Siapa Tak Mahu" | ||||
|---|---|---|---|---|
| Single oleh Siti Nurhaliza | ||||
| daripada album ManifestaSITI2020 | ||||
| Dilancarkan | 16 Oktober 2020 | |||
| Tempat | Malaysia | |||
| Format | Muat turun digital, media penstriman | |||
| Genre | Pop | |||
| Panjang | 2:59 | |||
| Syarikat | Siti Nurhaliza Productions, Universal Music Malaysia | |||
| Penulis | John Jeevasingham, Ikhwan Fatanna, Omar K | |||
| Penerbit | John Jeevasingham, Omar K | |||
| Kronologi single Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
"Siapa Tak Mahu" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza, dikeluarkan pada 16 Oktober 2020 sebagai single ketujuh dari album studio ke-19 beliau, ManifestaSITI2020 (2020) dan sebagai lagu tema siri drama Lelaki Lingkungan Cinta. Ia merupakan hasil nukilan John Jeevasingham, Ikhwan Fatanna dan Omar K. Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, diarahkan oleh Ghazi Maslan.