SimetriSiti

SimetriSiti
Album studio oleh
Dilancarkan pada10 Mei 2017
Dirakamkan padaMac–April 2017
TempatIndonesia
Studio
  • Cranky Music Studio, Ben at Ark Studio, babyBoss Studio, Harem Studio, dan Supra Seven Studio
    (Malaysia)
  • iSound Studio
    (Indonesia)
GenrePop, R&B
Panjang40:04
BahasaBahasa Melayu
SyarikatSiti Nurhaliza Productions
Universal Music Sdn Bhd
PenerbitDato' Sri Siti Nurhaliza (Eksekutif), Kenny Ong (Eksekutif), Aubrey Suwito, Ade Govinda, Jeje Govinda, Firdaus Mahmud, Sze Wan, Opick, Mujahid Abd Wahab
Kronologi Siti Nurhaliza
Fragmen
(2014)
SimetriSiti
(2017)
ManifestaSITI2020
(2020)
Single daripada SimetriSiti
  1. "Segala Perasaan"
    Dikeluarkan: 28 April 2017
  2. "Bersandar Cinta"
    Dikeluarkan: 15 Jun 2017
  3. "Aku Bukan Malaikat"
    Dikeluarkan: 21 September 2017
  4. "Kau Takdirku"
    Dikeluarkan: 13 Februari 2018
sunting · sunting di Wikidata

SimetriSiti merupakan album studio ke-18 penyanyi Dato' Sri Siti Nurhaliza. Album ini dilancarkan pada 5 Mei 2017 dan mula menjengah di pasaran pada 10 Mei 2017 menerusi Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia selepas album Fragmen (2014). Dirakamkan dalam tempoh yang singkat, dari Mac hingga April 2017, pembikinan album ini menyaksikan kolaborasi antara komposer, penulis lirik dan penerbit Malaysia dan Indonesia.

Pra-tempahan untuk SimetriSiti edisi eksklusif boleh didapati di Lazada Malaysia pada 5 Mei 2017, dan semua 300 salinan album habis dijual dalam masa 20 minit. "Segala Perasaan" dikeluarkan sebagai single pertama untuk album ini yang dikeluarkan pada 28 April 2017.

SimetriSiti menjadi album Siti Nurhaliza yang ketiga yang mana kulit albumnya menampilkan beliau bertudung selepas album Tahajjud Cinta (2009) dan Fragmen (2014).