Anta Permana

"Anta Permana"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album ManifestaSITI2020
Dilancarkan21 September 2018
Dirakamkan17 Ogos 2018
TempatMalaysia
FormatMuat turun digital
GenrePop
Panjang3:24
Syarikat
PenulisEzra Kong, Hael Husaini
PenerbitEzra Kong, Hael Husaini
Kronologi single Siti Nurhaliza
""Comel Pipi Merah"
(2018)"
"Anta Permana" ""Kasihku Selamanya"
(2019)"
sunting · sunting di Wikidata

"Anta Permana" merupakan lagu nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza yang dikeluarkan pada 21 September 2018 sebagai single pertama untuk album ke-19 Siti, ManifestaSITI2020 yang dikeluarkan pada 3 Julai 2020. Lagu ini ialah hasil nukilan sepenuhnya oleh Ezra Kong dan Hael Husaini. "Anta Permana" diambil daripada perkataan Melayu klasik yang membawa makna tidak terkira atau infiniti.

"Anta Permana" ialah single kedua yang dikeluarkan oleh Siti dalam tahun 2018, selepas "Comel Pipi Merah" yang dikeluarkan pada Mac. Pada Mei 2019, ia meraih 11 pensijilan platinum dengan lebih 14 juta tontonan di YouTube.