Malbatt: Misi Bakara
| MALBATT: Misi Bakara | |
|---|---|
| Pengarah | Adrian Teh |
| Lakon layar | Adrian Teh Ashraf Modee Zain |
| Berdasarkan | Pertempuran Mogadishu (1993) dari perspektif Malaysia |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Yong Choon Lin |
| Disunting oleh | Lee Pai Seang |
| Muzik oleh | Jackey Yow |
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan | 24 Ogos 2023 ( Malaysia & Singapura) |
Masa tayangan | 131 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu Inggeris Somali |
| Bajet | RM 20 juta |
| Pecah panggung | RM 34 juta |
MALBATT: Misi Bakara merupakan sebuah filem aksi perang ketenteraan Malaysia 2023 yang diarahkan, diterbitkan dan ditulis oleh Adrian Teh. Filem ini dibintangi oleh Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Putra, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Dato' Sri Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Theebaan G, Safwan Nazri dan Ikhram Juhari. Ia berdasarkan dari kisah benar tentang operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada tahun 1993. Filem ini ditayangkan pada 24 Ogos 2023 di Malaysia dan Singapura.