Vincent Tan


Vincent Tan Chee Yioun

PSM (Malaysia); SSMT (Terengganu); SJMK (Kelantan);
SPMT (Terengganu); SIMP (Pahang)
陳志遠
Kelahiran (1952-02-23) 23 Februari 1952
Pekerjaan
  • Ahli perniagaan
  • pelabur
  • dermawan
PangkatPengasas dan Pengurusi di Berjaya Corporation Berhad
Pemilik Cardiff City F.C.
Pemilik Majoriti FK Sarajevo
Parti politik
PasanganPuan Sri To' Puan Seri Esther Tan
Anak-anak11, termasuk Chryseis Tan, Robin Tan dan Nerine Tan
IbuLow Siew Beng
BapaTan Lam Hui
SaudaraDanny Tan (abang)

Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan Chee Yioun (Bahasa Cina:陳志遠;pinyinChén Zhìyuǎn;Pe̍h-ōe-jī:Tân Chì-uán; lahir 23 Februari 1952) ialah seorang ahli perniagaan dan pelabur berbangsa Cina. Beliau adalah pengasas Berjaya Corporation Berhad, sebuah perniagaan konglomerat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Selain memegang saham melalui kumpulan syarikat Berjaya Corporation, antara saham Tan yang lain termasuk saham dalam perniagaan berkaitan internet, utiliti air, media, peruncitan dan telekomunikasi.

Pada tahun 2010, beliau memasuki senarai bilionair Forbes dengan anggaran nilai USD 1.6 bilion (RM4.2 bilion). Kejayaan Tan dalam sektor perniagaan Malaysia sebahagiannya dikaitkan dengan persahabatan akrab beliau dengan tokoh politik Melayu ternama.