Dafi
Dafi | |
|---|---|
| Kelahiran | Gadaffi bin Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob 14 Disember 1988 |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
| Tahun aktif | 2007–kini |
| Ibu | Dato' Sri Muhaini Zainal Abidin |
| Bapa | Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob |
Gadaffi bin Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob atau lebih dikenali sebagai Dafi (lahir 14 Disember 1988) merupakan peserta Akademi Fantasia musim ke-5. Beliau juga merupakan anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri ke-9 Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Kakaknya ialah Nina Sabrina, yang merupakan seorang pereka fesyen dan sosialit terkenal.
Dafi mendapat tawaran daripada Erma Fatima untuk mengacarakan rancangan Xpresi Remaja di RTM. Beliau juga membuat penampilan kameo dalam Apa Kata Hati? terbitan Tayangan Unggul.
Selain itu, Dafi juga menyumbangkan suara sebagai watak utama iaitu Troy dalam High School Musical versi bahasa Melayu.