Pertempuran Mogadishu (1993)
| Pertempuran Mogadishu | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Operasi Gothic Serpent | |||||||
Super Six-Four, salah satu Black Hawk yang akan ditembak jatuh di atas bahagian Mogadishu | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
|
PBB Amerika Syarikat Malaysia Pakistan |
Pakatan Harapan Somalia Al-Qaeda (didakwa) | ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
| Mohamed Farrah Aidid | ||||||
| Kekuatan | |||||||
| 2,000–4,000 | ||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
|
| ||||||
Pertempuran Mogadishu (Bahasa Inggeris: Battle of Mogadishu; Bahasa Somali: Maalintii Rangers; harfiah. "Hari Para Renjer"), juga dikenali sebagai insiden Black Hawk Down (Black Hawk Jatuh), serta sebagai Pertempuran Pasar Bakara di Malaysia, ialah sabahagian daripada Operasi Gothic Serpent. Pertempuran ini berlaku pada 3–4 Oktober 1993, di Mogadishu, Somalia, antara pasukan tentera Amerika Syarikat — yang disokong oleh UNOSOM II — dan militia Somalia yang setia kepada panglima perang Mohamed Farrah Aidid. Pertempuran itu ialah sebahagian dari Perang Saudara Somalia yang lebih luas yang semakin memanas sejak 1991 dan mengancam krisis kebuluran; Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah bertekad untuk memberikan bantuan makanan tetapi akhirnya mengalihkan misi mereka untuk menegakkan demokrasi dan mengembalikan pemerintahan yang aman.
Individu diketahui merupakan sebagai penghalang ialah Aidid kerana beliau enggan bekerjasama dengan PBB. Renjer Pasukan Petugas Amerika dihantar untuk merampas dua orang leftenan eselon tinggi Aidid semasa pertemuan di bandar itu. Matlamat operasi itu tercapai, walaupun itu ialah kemenangan Pyrrhic dan keadaan semakin terarah ke Pertempuran Mogadishu yang berdarah. Operasi awal pada 3 Oktober 1993, yang dimaksudkan telah berlangsung selama satu jam, menjadi operasi yang buntu dan penyelamatan semalaman sehingga jam siang pada 4 Oktober 1993.
Serangan itu dirancang untuk merangkumi fasa udara dan darat. Semasa misi sedang berjalan, pasukan Somalia menembak jatuh dua buah helikopter Sikorsky UH-60 Black Hawk Amerika Syarikat menggunakan RPG-7. Pertahanan yang terdesak terhadap helikopter yang dijatuhkan bermula dan juga dilakonkan semula secara dramatik dalam filem 2001 Black Hawk Down. Pertempuran berlangsung sepanjang malam untuk mempertahankan mangsa nahas termasuk memasukkan dua orang komando penembak tepat yang akan dianugerahkan Medal of Honor. Pada waktu pagi, sebuah konvoi berperisai UNOSOM II bertempur menuju ke lokasi nahas helikopter lalu menyebabkan korban nyawa yang lebih lanjut tetapi akhirnya berjaya menyelamatkan mereka yang masih terselamat.
Korban termasuk 19 orang askar Amerika Syarikat yang maut dan 73 yang cedera dengan pasukan Malaysia mengalami satu kematian dan tujuh cedera dan pasukan Pakistan mengalami satu kematian dan dua cedera. Terdapat antara 315 dan 2,000 korban di pihak Somalia. Pertempuran itu mengubah dasar luar Amerika Syarikat dan akhirnya menarik diri daripada misi PBB. Pengunduran Amerika Syarikat itu diejek oleh Al-Qaeda yang mungkin bertanggungjawab atas latihan dan pejuang yang menjatuhkan helikopter-helikopter Amerika Syarikat. Selepas pertempuran itu, mayat askar Amerika yang ditawan diseret ke jalanan oleh militia Somalia lalu ditunjukkan di televisyen Amerika Syarikat — yang kemudian menuai protes orang ramai. Ketakutan akan pertempuran berulang disebut sebagai alasan keengganan Amerika Syarikat untuk terlibat lebih lanjut di rantau ini dan mungkin telah mempengaruhi keputusan pentadbiran Bill Clinton untuk tidak campur tangan dalam genosid Rwanda.