Magika

Magika
Magika
PengarahEdry KRU
PenulisEdry Abdul Halim
Lakon layarEdry Abdul Halim
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiMohd Noor Mohd Kasim
Muzik olehMohd Mohsin
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 23 September 2010 (2010-09-23) (Malaysia)
Masa tayangan
94 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2.40 juta
Pecah panggungRM 3.14 juta

Magika merupakan sebuah filem muzikal komedi fantasi Malaysia 2010 arahan sulung Edry Abdul Halim yang dibintangi oleh Diana Danielle, Mawi, Ziana Zain, M. Nasir, Ning Baizura, Nabil Ahmad, KRU, Saiful Apek, Senario dan pelakon kanak-kanak Fimie Don. Filem ini mengisahkan dua adik-beradik yang menemui sebuah alam fantasi yang berasaskan pelbagai kisah dongeng, mitos dan legenda Melayu ternama.

Filem yang dilaporkan menelan belanja RM 2.40 juta ini mula-mula ditayangkan dalam tayangan amal di pawagam Cathay Cineleisure, e@Curve, pada 10 Februari 2010, sebelum ditayangkan kepada umum di pawagam pada 23 September 2010.