Nabil Ahmad


Nabil Ahmad
Nabil semasa promosi untuk Anugerah MeleTOP Era 2016.
Kelahiran
Ahmad Nabil bin Ahmad

(1983-09-26) 26 September 1983
18 Zulhijjah 1403
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan
  • Pelawak
  • Pengacara
  • Pelakon
  • Penyampai radio
  • Penyanyi
  • Pengarah
  • Penerbit
  • Penulis
Tahun aktif2008–kini
Majikan
PasanganNazirah Ayub (k. 2011)
Anak-anak
  • 1. Nayla Mikayla
    Ahmad Nabil
    (Anak perempuan)
  • 2. Leyla Medyna
    Ahmad Nabil
    (Anak perempuan)
  • 3. Mishall Imani
    Ahmad Nabil
    (Anak perempuan)
IbuRohaizah Abdul Latiff
BapaAllahyarham
Ahmad Ismail
AnugerahAnugerah Bintang Popular Berita Harian 2008

Tuan Haji Ahmad Nabil bin Ahmad (lahir 26 September 1983) ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyampai radio, penyanyi, pengarah dan penerbit Malaysia.

Beliau mengacarakan rancangan hiburan MeleTOP (sejak 2012) dan Gegar Vaganza (sejak 2014) serta melibatkan diri dalam lakonan filem dan siri TV tempatan. Nabil juga boleh dikatakan sebagai pelawak berdiri yang paling popular di Malaysia. Beliau juga telah menubuhkan syarikat penerbitan sendiri yang bernama Nabil Kuman Productions dan kemudian menubuhkan KMN Production.