Johan Nawawi
Johan Nawawi | |
|---|---|
| Kelahiran | Johan bin Mohamed Nawawi 29 Jun 1966 |
| Meninggal dunia | 24 Mac 2017 (umur 50) Kuala Lumpur, Malaysia |
| Sebab kematian | Serangan jantung |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
| Pasangan | Datuk Nora Ariffin (k. 1992–2017) |
| Anak-anak | 4 (termasuk Alif Johan) |
| Kerjaya muzik | |
| Alat muzik | Piano, gitar |
| Syarikat rakaman | Johan Nawawi Sdn. Bhd. |
Johan Mohamed Nawawi (29 Jun 1966 – 24 Mac 2017) ialah penggubah lagu dan penerbit rakaman Malaysia. Antara lagu popular ciptaannya berjudul "Hanya Satu", "Desa Tercinta", "Naluri" dan "Samudera" nyanyian Nora yang juga merupakan isterinya. Johan boleh bermain alat-alat muzik seperti piano dan gitar dan aktif bermain muzik dari 1986 hingga kematiannya.