Hadiah Daripada Hati

Hadiah Daripada Hati
Album studio oleh
Dilancarkan pada10 Disember 2007
Dirakamkan padaJanuari-November 2007
GenrePop, Balada, R&B
Panjang47:52
BahasaBahasa Melayu
SyarikatSiti Nurhaliza Productions, Suria Records
Penerbit
Kronologi Siti Nurhaliza
Transkripsi
(2006)
Hadiah Daripada Hati
(2007)
Lentera Timur
(2008)
Single daripada Hadiah Daripada Hati
  1. "Ku Mahu"
    Dikeluarkan: 3 September 2007
  2. "Melawan Kesepian"
    Dikeluarkan: 22 November 2007
  3. "Cintamu"
    Dikeluarkan: 16 Mac 2008
  4. "Wanita"
    Dikeluarkan: 17 Julai 2008
sunting · sunting di Wikidata

Hadiah Daripada Hati ialah album studio ke-13 Datuk Siti Nurhaliza yang memuatkan 11 buah lagu ciptaan dari komposer Malaysia dan Indonesia. Album ini dilancarkan pada 10 Disember 2007 dan merupakan album studio Siti yang kedua diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri, Siti Nurhaliza Productions. Album ini telah terjual melebihi 15,000 unit.

Antara yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Audi Mok, Aubrey Suwito, Azlan Abu Hassan, Pongky, Cynthia, Taufik, Fahmi dan Dick Lee. Single pertama adalah Ku Mahu, dan single kedua adalah Melawan Kesepian ciptaan Pongky.