S. Atan
S. Atan | |
|---|---|
| Kelahiran | Hashim bin Said 1 Ogos 1949 |
| Meninggal dunia | 16 November 2024 (umur 75) |
| Sebab kematian | Sesak nafas |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang, Selangor, Malaysia |
| Pekerjaan | Penggubah lagu |
| Tahun aktif | 1970 - 2024 |
| Hubungan | Ramli M. S. (anak saudara) |
| Kerjaya muzik | |
| Syarikat rakaman | EMI |
Datuk Hashim Said atau lebih dikenali sebagai S. Atan (1 Ogos 1949 – 16 November 2024) ialah seorang komposer muzik dari Singapura. Antara penyanyi terkenal yang pernah mengalunkan muziknya yang mencecah melebihi 1,000 karya lagu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Tan Sri S. M. Salim, Datuk DJ Dave, Datuk Sharifah Aini, Datuk Dato' Jamal Abdillah, Carefree, Black Dog Bone, Dato' M. Nasir, Dato' Francissca Peter dan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Beliau juga merupakan abang kepada Belle Fatah yang turut bergiat aktif dalam industri muzik tanah air sebagai pemain keyboard.