Suria Records

Suria Records
Syarikat indukSuwah Enterprise
Diasaskan1970
StatusAktif
Label edaranSuwah Enterprise Publishing
GenrePelbagai
Negara asalMalaysia
LokasiNo. 40, Jalan Kaskas (2), Taman Cheras, 56100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tapak web rasmisuriarecords.com.my

Suria Records (juga dikenali sebagai SRC) ialah sebuah syarikat rakaman Malaysia yang ditubuhkan pada 1970 dan beribu pejabat di Kuala Lumpur. Ia merupakan salah satu daripada syarikat rakaman terbesar di Malaysia. Nama-nama besar seperti Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Liza Hanim, New Boyz dan sebagainya telah merakamkan suara mereka di syarikat rakaman ini. Anak syarikat penerbitan dan pengedaran lagunya ialah Suwah Enterprise Publishing dan telah mempunyai ratusan album dan lagu di dalam katalognya.

Ia merupakan ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mewakili pengedaran dan penerbitan rakaman muzik di Malaysia.