Laluan Rel Pantai Timur
| Port Klang-Kota Bharu East Coast Rail Line | |
|---|---|
CR200J, the planned EMU for passenger service | |
| Umum | |
| Nama asal | Laluan Rel Pantai Timur Pelabuhan Klang-Kota Bharu |
| Status | Dalam pembinaan |
| Lokasi | Section A : Kota Bharu – Pasir Puteh – Jerteh - Bandar Permaisuri – Kuala Terengganu Section B : Dungun – Kemasik – Chukai – Cherating – Pelabuhan Kuantan – KotaSAS – Gambang – Maran Section C : Temerloh – Bentong – Gombak – Serendah – Puncak Alam – Kapar – Northport/Westport |
| Stesen | 20 |
| Penumpang | 5.40 million by 2030 (dianggarkan) |
| Laman sesawang | ecrl |
| Operasi | |
| Dirancang dibuka | 1 January 2027 |
| Pemilik | Malaysia Rail Link Sdn Bhd |
| Pengendali | Malaysia Rail Link Sdn Bhd & CCCC Joint Venture |
| Sistem pengaliran | Dengan pemandu |
| Stok kereta api | CRRC CR200J 6-kereta set EMU |
| Teknikal | |
| Panjang aliran | 665 km (413 bt) landasan berkembar |
| Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai |
| Pengelektrikan | 11 kV 50 Hz talian atas |
| Kelajuan operasi | 160 km/h (kereta api penumpang) 80 km/h (kereta api barang) |
Projek East Coast Rail Link (singkatan ECRL, Bahasa Melayu: Rel laluan Pantai Timur) ialah projek yang dicadangkan untuk menghubungkan landasan kereta api antara Pelabuhan Klang ke Kota Bharu melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pada 15 Mac 2016, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), telah melakukan market sensing untuk mengukur faedah pasaran, mendapatkan pandangan dan idea untuk ECRL melalui Maklumat Permintaan (RFI). ECRL ialah laluan baru sama sekali berdasarkan landasan tolok piawaian dan mungkin bermula dari Serendah yang menghubungkan landasan kereta api KTM Komuter ke Padang Besar dan Stesen Keretapi Seremban pasti akan melibatkan pembinaan terowong bawah tanah di Banjaran Titiwangsa. 70 km landasan kereta api tunggal untuk Laluan Kereta Api Kerteh-Pelabuhan Kuantan bagi infrastruktur logistik penapisan minyak Petronas akan dihubungkan dan dinaik taraf ke dalam projek ini.
ECRL akan dimiliki dan dikendalikan oleh Malaysia Rail Link (MRL), sebuah entiti baru yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan (MoF).