Agensi Pengangkutan Awam Darat
| اڬينسي ڤڠڠكوتن عوام دارت 陆路公共交通机构 Land Public Transport Agency | |
Kerajaan Malaysia | |
| Intisari agensi | |
|---|---|
| Dibentuk | 3 Jun 2010 |
Agensi-agensi terdahulu |
|
| Dibubarkan | 23 Mei 2018 (SPAD) |
Agensi yang mengambil alih |
|
Bidang kuasa | Kerajaan Malaysia |
| Ibu pejabat | Putrajaya |
Eksekutif agensi |
|
Laman sesawang | www.apad.gov.my |
Agensi Pengangkutan Awam Darat (Cina: 陆路公共交通机构, bahasa Inggeris: Land Public Transport Agency, APAD) (sebelum ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, atau SPAD) ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 3 Jun 2010.
Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam 2010 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 diluluskan dalam sesi Parlimen 2010. Tujuan SPAD ialah meningkatkan sistem pengangkutan awam negara yang menjadi teras Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) . Tumpuan kepada Semenanjung Malaysia kemudian peringkat Sarawak dan Sabah. Antaranya ialah menentukan dasar dan merancang perkhidmatan rel, bas dan teksi serta pengangkutan barangan melalui rel dan jalan raya. SPAD akan mengambil alih peranan Jabatan Keretapi Malaysia, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta fungsi Pesuruhjaya Pelancongan dalam urusan perlesenan bas-bas pelancongan.
Pada 23 Mei 2018, Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa SPAD akan dibubarkan dan tugas SPAD akan diambilalih oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.
SPAD dibubarkan dan digantikan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.