Banjaran Titiwangsa

5°58′11″N 101°19′37″E / 5.96985121639°N 101.326904297°E / 5.96985121639; 101.326904297

Banjaran Titiwangsa
Sebahagian pemandangan gunung-ganang dalam sistem Banjaran Titiwangsa, dilihat dari Gunung Irau di sempadan antara negeri-negeri Pahang dan Perak.
Titik tertinggi
PuncakGunung Korbu
Ketinggian2,183 m (7,162 ka)
Dimensi
Panjang480 km (300 bt) NW/SE
Lebar120 km (75 bt) NE/SW
Geografi
Negara Thailand dan  Malaysia
Negeri/Wilayah
Induk banjaranPerbukitan Tanah Seri
Bersempadan denganBanjaran Bintang dan Banjaran Tahan
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "tempoh"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "geologi"

Banjaran Titiwangsa (Jawi: بنجرن تيتيوڠسا), juga dikenali sebagai Banjaran Besar (Jawi: بنجرن بسر) oleh penduduk tempatan, merupakan sebuah banjaran yang menganjur dari wilayah-wilayah Songkhla, Yala dan Narathiwat di selatan Thailand hingga ke bandar Tampin di selatan Negeri Sembilan, Semenanjung Malaysia. Bahagian banjaran di utara yang berdekatan dengan Thailand Selatan dikenali sebagai Banjaran Sankalakhiri (Bahasa Thai: ทิวเขาสันกาลาคีรี, RTGS: Thio Khao Sankalakhiri Sebutan bahasa Thai: [tʰīw kʰǎw sǎn.kāːlāːkʰīːrīː], bermaksud "Pergunungan Sang Kala" atau "Pergunungan Segara").

Panjang banjaran ini kira-kira 480 km manakala tingginya 700 meter hingga 2,100 meter dari aras laut, dengan Gunung Korbu di Perak sebagai kemuncak tertinggi.