KotaSAS
Kota Sultan Ahmad Shah
KotaSAS | |
|---|---|
Bandar baru | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Pahang |
| Daerah | Kuantan |
Bandar KotaSAS (dari nama Kota Sultan Ahmad Shah) ialah sebuah perbandaran terancang di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 kilometer arah barat laut bandar Kuantan. Ia bakal menempatkan pusat pentadbiran negeri yang baharu, pusat komersil dan kediaman serta menjadi bandar baharu moden berorientasikan hab pengangkutan dan komersial.
Pembangunan bandar ini telah dimulakan sejak 2010, dan dijangka siap sepenuhnya pada 2035. Pusat pentadbiran baharu yang diberi nama Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah telah dirasmikan pada 7 Disember 2023.