Daerah Larut, Matang dan Selama
Daerah Larut, Matang dan Selama | |
|---|---|
| Transkripsi lain | |
| • Cina | 拉律峇登司南马县 (Ringkas) 拉律峇登司南馬縣 (Tradisional) Lā lǜ bā dēng sī nán mǎ xiàn (Pinyin) |
| • Tamil | லாருட், மாத்தாங், செலாமா மாவட்டம் Lāruṭ, Māttāṅ, Celāmā Māvaṭṭam (Transliterasi) |
Lokasi Larut, Matang dan Selama di Perak | |
Daerah Larut, Matang dan Selama Lokasi Daerah Larut, Matang dan Selama di Malaysia | |
| Koordinat: 4°55′N 100°45′E / 4.917°N 100.750°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Perak |
| Pusat | Taiping |
| Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Taiping (Larut & Matang) Majlis Daerah Selama (Selama) |
| Pentadbiran | |
| • Pegawai daerah | Mohamed Akmal Bin Dahalan |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 2,112.61 km2 (815.68 batu persegi) |
| Penduduk (2010) | |
| • Jumlah | 326,941 |
| • Anggaran (2015) | 352,800 |
| • Kepadatan | 150/km2 (400/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
| • Musim panas (DST) | UTC+8 (Not observed) |
| Poskod | 340xx-341xx, 345xx-348xx |
| Kod panggilan | +6-05 |
| Nombor plat kenderaan | A |
Larut, Matang dan Selama merupakan sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Perak. Daerah ini bersempadan dengan daerah Kerian di barat laut, Kuala Kangsar di timur, Manjung di selatan, dan Hulu Perak di timur laut. Selat Melaka di bahagian barat dan negeri Kedah di utara. Pusat pentadbiran daerah terletak di bandar Taiping yang merupakan antara bandar terawal di Malaysia. Daerah ini merangkumi tiga daerah kecil iaitu Larut di tengah dan selatan, Matang di barat dan Selama di utara dan mempunyai keluasan 2112.61 kilometer persegi.