Kolumpo
| Kolumpo | |
|---|---|
| Pengarah | Sheikh Munasar Bront Palarae Rozi Izma |
| Penulis | Sheikh Munasar Bront Palarae Rozi Izma |
| Dihasilkan oleh | Sheikh Munasar Rozi Izma Bront Palarae (bersama) |
| Dibintangi | Sharifah Amani Azad Jasmin Nell Ng Ruminah Sidek Soffi Jikan Amirul Ariff Mano Maniam |
| Disunting oleh | Mirage Post |
Syarikat penerbitan | Otto Films |
| Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 92 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu, Inggeris |
| Bajet | RM 1 juta ($308,928) |
| Pecah panggung | RM 290,000 ($89,598) |
Kolumpo adalah sebuah filem antologi Malaysia yang ditayangkan pada 5 Disember 2013. Ia adalah koleksi tiga cerpen berbilang bahasa diarahkan oleh Bront Palarae, Sheikh Munasar dan Rozi Izma. Filem ini dihasilkan oleh para pengarah bersama penerbit bersekutu James Wong di bawah syarikat penerbitan Otto Film Sdn. Bhd.
Terletak di Kuala Lumpur, cerita menyusuri bersama-sama tema biasa dalam kehidupan, harapan dan impian. Pelakon termasuk Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Nell Ng, Mano Maniam, Soffi Jikan, Sabri Yunus, Sherry Alhadad, Along Eyzendy, Radhi Khalid dan Emely Poon.