Radhi Khalid
Radhi Khalid | |
|---|---|
| Kelahiran | Muhammad Radhieddeen bin Abdul Khalid 4 Februari 1964 |
| Pekerjaan | Pelakon, pengacara, pengarah, penerbit |
| Tahun aktif | 1986–kini |
Muhammad Radhieddeen Abdul Khalid atau lebih dikenali sebagai Radhi Khalid (lahir 4 Februari 1964) ialah seorang pelakon, pengacara, pengarah dan penerbit lelaki Malaysia. Memulakan kerjaya lakonan pada usia 22 tahun, beliau muncul dalam siri televisyen pertama, Sophia dan mula mendapat perhatian meluas menerusi watak sebagai pemuda Bangladesh bernama Abdulla dalam Spanar Jaya.
Selain peranan lakonan di televisyen, Radhi juga terkenal dengan peranan lakonan dalam filem termasuk Selubung (1992), Pasrah (2000), Soalnya Siapa (2002), Qaisy & Laila (2005), Sumolah (2007) dan Jejak Warriors (2015). Beliau juga memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Karyawan Malaysia dan pernah menjadi pensyarah separuh masa Kolej Intec, Shah, Alam, mengajar teater, lakonan dan seni.