Mano Maniam
Mano Maniam | |
|---|---|
| Kelahiran | 15 November 1945 |
| Meninggal dunia | 30 Mei 2025 (umur 79) |
| Sebab kematian | Serangan jantung dan angin ahmar |
| Pekerjaan | Pelakon, pengarah, guru drama, pelakon suara, penulis, ahli antropologi kebudayaan |
| Tahun aktif | 1965–2025 |
Mano Maniam (15 November 1945 – 30 Mei 2025) merupakan seorang pelakon, pengarah, guru drama, pelakon suara dan penulis Malaysia yang kerjayanya telah melangkaui hampir lima dekad. Beliau terkenal dengan hasil kerjayanya di televisyen, filem dan teater. Selain itu, beliau juga ialah antropologi kebudayaan dan banyak mengkaji kebudayaan Malaysia.