Khadijah Ibrahim


Khadijah Ibrahim

Kelahiran
Khadijah binti Ibrahim

(1959-01-19) 19 Januari 1959
Nama lainTok Kat
Ibu Khaty
Ibu Khadijah
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1970–kini
PasanganMohamad Rashid Fahmi Batsaloo (suami pertama)
Khaled Bensalah (suami kedua)
IbuSiti Mariam Syed Abdul Rahman
BapaIbrahim Abu Hassan
SaudaraSophia Ibrahim (kakak)
Latif Ibrahim (abang)
KeluargaAman Belon (datuk)
Hussein Abu Hassan (bapa saudara)
Mahyon Ismail (ibu saudara)
Dilla Hussein (sepupu)
Faizal Hussein (sepupu)
Fairuz Hussein (sepupu)
Rosyam Nor (sepupu)

Dato' Khadijah binti Ibrahim atau dikenali sebagai Khaty Ibrahim merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang terkenal dari Malaysia. Dilahirkan pada (1959-01-19) 19 Januari 1959 beliau telah mula muncul sebagai artis ketika berusia 19 tahun setelah mengikuti jejak langkah abangnya, Latif Ibrahim (Allahyarham) dan kakaknya, Sophia Ibrahim (Allahyarhamah). "Kupendam Sebuah Duka" merupakan sebuah lagu yang telah menaikkan nama beliau ke dunia seni hiburan di Malaysia. Beliau juga pernah merakamkan lagu yang istimewa hasil ciptaan Datuk Ahmad Nawab (Allahyarham) seperti lagu "NAM Shall Lead The Way" (untuk Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali - NAM XIII) dan lagu "Malaysia Truly Asia" (pernah dirakamkan juga oleh artis lain di dalam bahasa utama dunia).

Dato Khatijah Ibrahim juga adalah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain Dato M. Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini (Allahyarhamah), Ramlah Ram, Dato Jamal Abdillah, Dato Hattan dan Noraniza Idris.