Ahmad Nawab
Allahyarham Seniman Negara Tan Sri Dato' Seri Dr. Ahmad Nawab | |
|---|---|
Ahmad Nawab ketika bermain saksofon | |
| Kelahiran | Ahmad Khan bin Nawab Khan 6 April 1932 |
| Meninggal dunia | 24 November 2024 (umur 92) |
| Sebab kematian | Sesak nafas |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Lebuhraya KL-Karak, Kuala Lumpur. |
| Pekerjaan | Penyanyi, penggubah lagu, pemuzik |
| Tahun aktif | 1950–2024 |
| Pasangan | Puan Sri Datin Seri Siti Zainab Ibrahim |
| Anak-anak | 5 |
| Saudara |
|
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Instrumental, pop, jazz |
| Alat muzik | Vokal, saksofon |
| Diskografi | Lihat: Ahmad Nawab discography (en) |
| Syarikat rakaman | EMI (Singapore) Pte. Ltd. EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. WEA Records Sdn. Bhd. MRC BMG Music (Malaysia) Sdn. Bhd. LIFE Records Universal Music Malaysia |
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "background"
Allahyarham Seniman Negara Tan Sri Dato' Seri Dr. Ahmad Khan bin Nawab Khan (6 April 1932 – 24 November 2024) merupakan seorang penggubah lagu, pemain muzik serta penyanyi yang terkenal di Singapura pada era 1950an, 60an dan seterusnya di Malaysia pada 1970an hingga 2000an. Beliau telah menggubah lagu lebih daripada 2,000 lagu sejak penglibatannya dalam dunia seni. Beliau juga telah diberi penganugerahan sebagai "Seniman Negara ke-7".