Kapal tempur Jepun Musashi

Musashi
Musashi meninggalkan Brunei pada Oktober 1944 untuk menyertai Pertempuran Teluk Leyte
Sejarah
Empayar Jepun
Nama: Musashi
Bersempena dengan: Wilayah Musashi
Dipesan: Jun 1937
Pembina: Mitsubishi Shipyard, Nagasaki
Dibaringkan: 29 Mac 1938
Dilancarkan: 1 November 1940
Ditauliah: 5 Ogos 1942
Struck: 31 Ogos 1945
Takdir: Tenggelam dalam Pertempuran Teluk Leyte, 24 Oktober 1944
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal tempur kelas Yamato
Sesaran:
Panjang:
  • 244 m (800 ka 6 in) (p/p)
  • 263 m (862 ka 10 in) (o/a)
Lunas: 36.9 m (121 ka 1 in)
Draft: 10.86 m (35 ka 8 in) (muatan penuh)
Installed power:
Jana kuasa:
Halaju: 27.46 knot (50.86 km/j; 31.60 mph)
Jarak: 7,200 nmi (13,300 km; 8,300 bt) at 16 knot (30 km/j; 18 mph)
Anak kapal: 2,500 pegawai dan anak kapal
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • 1 × radar carian udara Type 21
  • 1 × sistem hydrophone Type 0
Persenjataan:
  • (September 1942)
  • 9 x meriam 46 sm Type 94 (18.1 inci) (3x3)
  • 12 x meriam 15.5 sm 3rd Year Type (6.1 inci) (4×3)
  • 12 x meriam 12.7 sm Type 89 (6x2)
  • 24 x meriam anti pesawat 25 mm Type 96 (8x3)
  • 4 x mesingan anti pesawat 13.2 mm Type 93 (2x2)
  • (Oktober 1944)
  • 9 x meriam 46 sm Type 94 (18.1 inci) (3x3)
  • 6 x meriam 15.5 cm 3rd Year Type (6.1 inci) (2×3)
  • 24 x meriam 12.7 sm Type 89 (12x2)
  • 130 x meriam anti pesawat 25 mm Type 96 (35x3) (25x1)
  • 4 x mesingan anti pesawat 13.2 mm Type 93 (2x2)
Perisai:
  • Waterline belt: 410 mm (16.1 in)
  • Geladak: 200–230 mm (7.9–9.1 in)
  • Turet meriam: 250–650 mm (9.8–25.6 in)
  • Barbette: 380–560 mm (15.0–22.0 in)
  • Menara kapal: 500 mm (19.7 in)
  • Dinding: 300–340 mm (11.8–13.4 in)
Pesawat yang dibawa:
Kemudahan penerbangan: 2 × pelancar

Musashi (武蔵) adalah kapal tempur kedua daripada kelas Yamato dalam Tentera Laut Imperial Jepun semasa Perang Dunia II.

Musashi dan kapal kembarnya, Yamato, merupakan kapal tempur terberat, terbesar dan terkuat yang pernah dibina, dengan sesaran 72,800 tan muatan penuh dan dilengkapi dengan sembilan laras meriam utama Type 94 yang berukuran 460 mm (18.1 inci). Tiada kapal yang terselamat selepas perang.

Dinamakan selepas Wilayah Musashi purba Jepun, kapal Musashi telah ditauliahkan pada pertengahan tahun 1942, diubah suai untuk dijadikan sebagai kapal pemerintah Armada Gabungan, dan menghabiskan keseluruhan tahun dengan latihan. Kapal ini telah dipindahkan ke Truk pada awal tahun 1943 dan belayar beberapa kali di tahun tersebut bersama armada untuk mencari pasukan tentera laut Amerika namun gagal. Ia telah diguna untuk memindahkan askar dan peralatan antara Jepun dan pulau-pulau jajahan untuk beberapa kali pada tahun 1944. Terkena torpedo pada awal tahun 1944 oleh sebuah kapal selam Amerika, Musashi telah dipaksa kembali ke Jepun untuk diperbaiki, dimana pihak tentera laut memperkukuhkan ia dengan meriam anti pesawat. Ia turut terlibat dalam Pertempuran Laut Filipina pada bulan Jun, tetapi tidak bertembung dengan pasukan laut Amerika. Musashi telah ditenggelamkan oleh sejumlah 19 torpedo dan 17 bedilan bom dari pesawat kapal induk Amerika pada 24 Oktober 1944 semasa Pertempuran Teluk Leyte. Lebih separuh daripada anak-anak kapalnya telah diselamatkan.

Bangkai kapal telah dikesan pada Mac 2015 oleh pengasas bersama Microsoft Paul Allen dan pasukan pencariannya.