Batu nautika

Batu nautika
Sistem unitUnit terbitan SI
Unit bagiPanjang
SimbolM / NM / nmi 
Penukaran unit
1 M / NM / nmi dalam ...... adalah sama dengan ...
   meter   1852
   kaki   ≈6076.12
   batu statut   ≈1.15078
   kabel   10

Batu nautika ialah suatu unit ukuran yang ditakrifkan sebagai 1,852 meter (6,076.1 kaki; 1.1508 batu). Ia dahulunya ditakrifkan sebagai satu minit latitud yang bersamaan dengan satu perenam puluh (1/60) satu darjah latitud. Ia kini merupakan unit bukan SI "yang boleh diterima pakai bersama SI", untuk tujuannya yang berterusan dalam navigasi udara dan laut serta untuk pentakrifan perairan wilayah.

Satu persepuluh batu nautika ialah jarak kabel.

Unit terbitan kelajuan daripada unit ini ialah knot yang ditakrifkan sebagai batu nautika per jam.