Knot

Knot
Sebuah penunjuk Airspeed, yang mana menunjukan halaju dalam unit knot
Maklumat unit
Sistem unit
  • meteorology
  • aviation
  • maritime
Unit bagiHalaju
Simbolkn or kt 
Penukaran unit
1 kn dalam ...... adalah sama dengan ...
   km/j   1.852
   bsj   1.15078
   m/s   0.514444
   kk/s   1.68781

Knot (/nɒt/) adalah satu unit halaju yang bersamaan dengan satu batu nautika sejam, tepatnya 1.852 km/j (kira-kira 1.15078 mph). Simbol standard ISO untuk knot adalah kn. Simbol sama yang lebih disukai oleh Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE); kt yang mana juga menjadi kebiasaan, terutamanya dalam bidang penerbangan di mana ia dicadangkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. Knot merupakan unit bukan-SI. Dalam bidang-bidang meteorologi, navigasi maritim dan udara contohnya, sebuah kapal yang berlayar pada halaju 1 knot di garis meridian difahamkan seluruh dunia kira-kira satu minit pada latitud geografi dalam masa sejam.

Unit ini datang daripada penggunaan sejenis alat nautika iaitu chip log terdiri dari suatu kayu atau bahan apungan yang dibaling ke laut, bilangan simpulan (knot dalam bahasa Inggeris) tali diikat pada bahan ini yang ditarik keluar dari kapal dikira bersama tempoh diukur pada jam (terutamanya jam pasir) untuk mendapatkan kelajuan kapal yang berlayar.