Kuasa kuda
Kuasa kuda (horsepower, disingkatkan kepada hp atau HP) adalah nama bagi beberapa unit ukuran bukan metrik bagi mengukur kuasa terlaku janaan jentera tertentu terutamanya enjin dan motor.
Pengiraan kuasa kuda mempunyai beberapa tetapan berbeza: kuasa kuda mekanikal dikira sebanyak 745.7 watt manakala kuasa kuda metrik dikira sekitar 735.5 watt. Terdapat dua faktor utama yang perlu dipertimbangkan semasa menilai ukuran "kuasa kuda":