Paul Allen

Paul Gardner Allen
Kelahiran(1953-01-21)21 Januari 1953
Seattle
Meninggal dunia15 Oktober 2018 (umur 65)
PekerjaanPengerusi, Vulcan Inc.
Nilai bersih US$13 bilion (2011)
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Paul Gardner Allen (lahir pada 21 Januari, 1953 - 15 Oktober 2018) ialah seorang pelabur dan dermawan Amerika Syarikat yang bersama-sama Bill Gates mengasaskan Microsoft dan merupakan salah seorang manusia terkaya di dunia dengan kekayaan peribadi sebanyak US$13.5 bilion pada tahun 2010. Beliau ialah pengasas dan pengerusi Vulcan Inc., yang menguruskan perniagaan dan usaha dermanya. Paul Allen juga mempunyai portfolio pelaburan multi-bilion dollar termasuklah syarikat teknologi seperti Evri dan Gist, pemegang hartanah, dan kepentingan dalam teknologi lain, media, dan syarikat-syarikat content. Paul Allen juga memiliki dua pasukan sukan profesional,Seattle Seahawks dalam National Football League (NFL), dan Portland Trail Blazers dalam National Basketball Association (NBA). Beliau juga merupakan pemilik sebahagian Seattle Sounders FC, yang menyertai Major League Soccer (MLS) pada 2009. Memoir Allen "Idea Man: A Memoir by the Cofounder of Microsoft" akan diterbitkan pada 19 April, 2011 dan petikan terperinci telah diterbitkan pada isu Mei 2011 Vanity Fair.