Kapal tempur Jepun Musashi
Musashi meninggalkan Brunei pada Oktober 1944 untuk menyertai Pertempuran Teluk Leyte
| |
| Sejarah | |
|---|---|
| Empayar Jepun | |
| Nama: | Musashi |
| Bersempena dengan: | Wilayah Musashi |
| Dipesan: | Jun 1937 |
| Pembina: | Mitsubishi Shipyard, Nagasaki |
| Dibaringkan: | 29 Mac 1938 |
| Dilancarkan: | 1 November 1940 |
| Ditauliah: | 5 Ogos 1942 |
| Struck: | 31 Ogos 1945 |
| Takdir: | Tenggelam dalam Pertempuran Teluk Leyte, 24 Oktober 1944 |
| Ciri-ciri umum | |
| Kelas dan jenis: | Kapal tempur kelas Yamato |
| Sesaran: |
|
| Panjang: |
|
| Lunas: | 36.9 m (121 ka 1 in) |
| Draft: | 10.86 m (35 ka 8 in) (muatan penuh) |
| Installed power: |
|
| Jana kuasa: |
|
| Halaju: | 27.46 knot (50.86 km/j; 31.60 mph) |
| Jarak: | 7,200 nmi (13,300 km; 8,300 bt) at 16 knot (30 km/j; 18 mph) |
| Anak kapal: | 2,500 pegawai dan anak kapal |
| Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
| Persenjataan: |
|
| Perisai: |
|
| Pesawat yang dibawa: |
|
| Kemudahan penerbangan: | 2 × pelancar |
Musashi (武蔵) adalah kapal tempur kedua daripada kelas Yamato dalam Tentera Laut Imperial Jepun semasa Perang Dunia II.
Musashi dan kapal kembarnya, Yamato, merupakan kapal tempur terberat, terbesar dan terkuat yang pernah dibina, dengan sesaran 72,800 tan muatan penuh dan dilengkapi dengan sembilan laras meriam utama Type 94 yang berukuran 460 mm (18.1 inci). Tiada kapal yang terselamat selepas perang.
Dinamakan selepas Wilayah Musashi purba Jepun, kapal Musashi telah ditauliahkan pada pertengahan tahun 1942, diubah suai untuk dijadikan sebagai kapal pemerintah Armada Gabungan, dan menghabiskan keseluruhan tahun dengan latihan. Kapal ini telah dipindahkan ke Truk pada awal tahun 1943 dan belayar beberapa kali di tahun tersebut bersama armada untuk mencari pasukan tentera laut Amerika namun gagal. Ia telah diguna untuk memindahkan askar dan peralatan antara Jepun dan pulau-pulau jajahan untuk beberapa kali pada tahun 1944. Terkena torpedo pada awal tahun 1944 oleh sebuah kapal selam Amerika, Musashi telah dipaksa kembali ke Jepun untuk diperbaiki, dimana pihak tentera laut memperkukuhkan ia dengan meriam anti pesawat. Ia turut terlibat dalam Pertempuran Laut Filipina pada bulan Jun, tetapi tidak bertembung dengan pasukan laut Amerika. Musashi telah ditenggelamkan oleh sejumlah 19 torpedo dan 17 bedilan bom dari pesawat kapal induk Amerika pada 24 Oktober 1944 semasa Pertempuran Teluk Leyte. Lebih separuh daripada anak-anak kapalnya telah diselamatkan.
Bangkai kapal telah dikesan pada Mac 2015 oleh pengasas bersama Microsoft Paul Allen dan pasukan pencariannya.