Pengilhakan
Pengilhakan atau aneksasi (bahasa Inggeris: annexation) merupakan tindakan pentadbiran dan konsep undang-undang antarabangsa mengenai pengambilalihan wilayah sesebuah negara berdaulat secara paksa oleh negara lain. Umumnya ini dikira tindakan yang haram. Berbeza dengan penaklukan yang memaksukan pengambilalihan kuasa terhadap sesebuah wilayah yang melibatkan pertukaran kedaulatan. Biasanya menyusuli pendudukan tentera terhadap wilayah berkenaan.
Pengilhakan berbeza dengan penyerahan kerana tidak seperti penyerahan yang dilakukan melalui perjanjian, pengilhakan merupakan tindakan unilateral yang mana wilayah dirampas oleh sesebuah negara. Pengilhakan boleh disahkan melalui pengiktirafan umum oleh badan-badan antarabangsa (iaitu negara-negara lain dan pertubuhan antara kerajaan).