Janji Diana

Janji Diana
Poster keluaran tayangan
PengarahYusof Haslam
Penulis
  • Yusof Haslam
  • Norhan Mahmood
Dihasilkan olehYusof Haslam
Dibintangi
SinematografiOmar Ismail
Disunting olehSalehan Shamsuddin
Muzik olehMusa Idris
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 24 Julai 2003 (2003-07-24) (Malaysia)
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.3 juta
Pecah panggungRM 2.3 juta

Janji Diana ialah sebuah filem aksi romantik Malaysia 2003 arahan Yusof Haslam, yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip bersama Norhan Mahmood. Dibintangi oleh Erra Fazira dan Rosyam Nor, filem ini mengisahkan tentang perhubungan cinta antara gadis tomboi dan jejaka yang terluka akibat perlakuan bekas kekasihnya. Faizal Hussein, Sarimah Ibrahim, Erma Fatima, Elly Mazlein dan Fazley Yaakob melakonkan watak pembantu. Filem ini ditayangkan pada 24 Julai 2003 dan menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Kejayaan Janji Diana turut membawa kepada penerbitan novel dan siri televisyen adaptasi (tetapi perbezaannya ialah pengakhiran jenis kegembiraan dalam adaptasi televisyen, di mana Haikal dan Diana berkahwin, manakala dalam filem Haikal meninggal dunia akibat barah yang dideritai).